Isnin, 18 Jun 2012

500 ahli Daun berhimpun di Kuantan sokong kilang Lynas

THE MALAYSIAN INSIDER




KUANTAN — Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (Daun) hari ini berhimpun secara aman di Padang Kemunting di sini bagi menyatakan sokongan terhadap usaha dan dasar kerajaan berhubung kewujudan kilang Lynas di sini.

Kira-kira 500 ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Pekida serta Badan Kebajikan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang/Beserah berhimpun di padang itu selama setengah jam bermula jam 10 pagi.

Penyelaras operasinya, Zulfadzli Shamsudin berkata, sebanyak 43 buah NGO di Pahang membentuk Daun dan mendesak agar Lynas diteruskan kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri sekaligus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Menurutnya, gabungan itu mengutuk tindakan sesetengah pihak terutamanya pembangkang yang menyebarkan dakyah negatif mengenai projek tersebut dengan maklumat tidak tepat.

Selain itu, perhimpunan itu turut menyatakan sokongan terhadap institusi raja di negara ini. — Bernama

Tiada ulasan: