Rabu, 16 Mei 2012

SPR Tidak Tolak Kemungkinan Panjangkan Tempoh Kempen

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak menolak kemungkinan memanjangkan tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 melebihi 10 hari.

Beliau berkata ini berasaskan kepada komitmen SPR untuk mengadakan minima tempoh berkempen bagi sesebuah PRU selama 10 hari, yang mana jauh lebih tinggi daripada tempoh tujuh hari yang ditetapkan sebelum ini.

"Berkemungkinan SPR akan memberi tempoh berkempen selama 15, 16 atau 17 hari. Namun begitu, segalanya akan diputuskan oleh SPR apabila satu mesyuarat khas bagi menetapkan tempoh rasmi berkempen diadakan selepas pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri," katanya ketika ditemu ramah dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 di sini.

Beliau berkata bagaimanapun menetapkan tempoh berkempen yang sesuai, SPR perlu melakukannya secara berhati-hati bagi memastikan prosiding PRU dapat berjalan seperti yang dirancang. BERNAMA

Tiada ulasan: