Isnin, 28 Mei 2012

Samseng Umno kepung, cuba kasari pembantu Izzah

Oleh Mohd Martin Kahar


PETALING JAYA: Setiausaha Politik Pejabat Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memberitahu, beliau dikepung sekumpulan samseng Umno pada ceramah di pangsapuri Pantai Permai, Kuala Lumpur.

Menceritakan detik cemas itu, Fahmi berkata, kira-kira jam 9.00 malam, beliau berada berhampiran pondok keselamatan pangsapuri untuk menjawab panggilan telefon.

Menurut beliau, sekumpulan samseng yang berada di kawasan berhampiran telah menjerit memanggil namanya.
“Samseng mengherdik meminta saya datang kepada mereka. Saya tidak menghiraukan permintaan itu kerana sibuk melayan panggilan telefon.

“Mereka kemudian berjalan laju menghampiri saya. Untuk mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, saya cuba beredar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN .

Hadir sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya Parlimen Lembah Pantai, Md Zaman Md Tasi.

Bercerita lanjut, Fahmi berkata, ketika mahu beredar, samseng yang kebanyakan berbaju merah itu terus mengepung beliau dan mengherdik dengan kata-kata kesat.

“Mujurlah kehadiran Zaman ke kawasan itu menyelamatkan saya daripada diapa-apakan,” kata Fahmi.

Sementara itu, Zaman berkata, samseng yang mengepung Fahmi adalah penduduk setempat tetapi setelah diberi amaran supaya tidak membuat kacau, kesemua mereka akur.

Tiada ulasan: