Selasa, 15 Mei 2012

PM Lancar Rakan Barisan Nasional UK

MSTAR ONLINE

LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin melancarkan Rakan Barisan Nasional (BN) UK yang akan bergerak aktif menggalakkan hubungan rapat dengan United Kingdom dan menyebarkan maklumat yang tepat, tepat masa dan boleh dipercayai kepada warga Malaysia di negara ini.

Beliau berharap kumpulan unik ini dapat menangani isu-isu.

"Banyak perubahan yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami mahu memastikan anda dapat tahu mengenainya. Ekonomi kita telah diliberalisasikan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kekayaan dikalangan rakyat biasa di Malaysia," kata Najib yang tiba di sini pagi Isnin.

Beliau bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk lawatan kerja dua hari.

Mesejnya kepada rakyat Malaysia di UK ialah, "sila berhubung lebih rapat dengan Malaysia dan memainkan peranan besar dalam pembangunan negara, sama ada dengan balik ke tanahair – kurang bercita-cita besar tetapi tidak kurang pentingnya – dengan berkongsi kepakaran anda dengan institusi negara dari pangkalan anda di Britain".

"Ada tempat di bumi Malaysia bagi semua warga kita baik lelaki dan wanita tanpa mengira siapa mereka dan bagaimana mereka mahu menyumbang. Setiap orang mempunyai peranan mereka, setiap orang boleh melakukan sesuatu dan setiap orang boleh maju dan makmur, katanya semasa melancarkan Rakan BN UK di Dewan Negara, di sini.

Selain Rosmah, turut hadir di majlis itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Seri Zakaria Sulong dan isteri Datin Hazizah Zakaria, dan juga beberapa tokoh masyarakat Britain seperti Lord Howell of Guildford dan Lord Sheikh of Cornhill.

Dalam ucapan di hadapan lebih 100 orang pada pelancaran itu, Najib berkata: "Negara kita masih muda dan perjalanan di hadapannya adalah sesuatu yang menarik, jadi saya mahu anda mengikuti perkembangan tentang apa yang berlaku di tanahair dan bersedia untuk melangkah dan memainkan peranan anda."

Perdana Menteri berkata, beliau telah menyebut sebelum ini bahawa era 'kerajaan lebih tahu' telah lama berakhir.

"Tugas kerajaan yang paling penting hari ini bukan hanya setakat mendengar tetapi benar-benar mendengar suara rakyat...dan itu bermakna anda juga," katanya.

Najib berkata, perkhidmatan kerajaan di Malaysia mengalami banyak perubahan termasuk meningkatkan sistem pendidikan, membangunkan infrastruktur luar bandar,meningkatkan pengangkutan awam,
mengurangkan kemiskinan, membanteras rasuah dan jenayah dan mengurangkan kos sara hidup.

Katanya, Malaysia juga telah mengumumkan pakej pembaharuan politik yang ketara sejak Merdeka, sambil menjelaskan mengenai pemansuhan undang-undang keselamatan yang lapuk, pelaksanaan langkah baru bagi meningkatkan kebebasan media dan mengambil beberapa langkah penting bagi mengadakan pilihan raya yang telus.

Bulan lepas, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 yang bertujuan menggugurkan 'kuasa mutlak menteridalam meluluskan atau tidak meluluskan lesen mesin cetak dan antara lain mengundi untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Najib juga menyentuh mengenai serangan kejam ke atas pelajar Malaysia AshrafHaziq Rossli semasa rusuhan yang menggegarkan Britain tahun lepas.

"Tetapi kita tersentuh apabila, selepas itu, ribuan demi ribuan rakyat Britain melahirkan pertama rasa marah kemudian rasa bimbang, takziah dan sokongan.

"Dan saya ingin melahirkan penghargaan kepada setiap orang di Britain yang tampil membantu anak muda Malaysia ini di waktu-waktu yang amat diperlukannya," katanya.

"Insiden itu membuktikan, seolah-olah apa yang diperlukan, Britain dan Malaysia adalah bersatu dalam nilai-nilai kita -- tetapi kita sama-sama bersatu dalam komitmen kita untuk meningkatkan kemakmuran, meningkatkan standard kehidupan, membangunkan ekonomi terbuka dan bergerak keluar," kata Najib.

Perdana Menteri menarik perhatian hadirin berhubung fakta bahawa sejak Syarikat Hindia Timur mula mewujudkan pangkalan serantaunya di Pulau Pinang lebih daripada 200 tahun lalu, hubungan dagang Malaysia dengan UK menjadi kukuh.

"Dan mereka menjadi bertambah kuat dengan lawatan Perdana Menteri (David) Cameron ke negara kita bulan lepas mengakhiri, dalam perkataannya, era berhubung satu dasar atau sikap mengabaikan keadaan dan bukannya mengambil alih tanggungjawab untuk mengurus atau memperbaikinya," katanya.

Najib juga menyebut mengenai banyak warisan dari Britain ke Malaysia dan menekankan ucapan yang dibuat Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman ketika itu bahawa 'pemerintah telah berlepas dan kembali ke Malaysia bukan hanya sebagai kawan tetapi sebagai kawan terbaik'.

Katanya, ia sudah pasti benar kerana sehingga hari ini, Britain merupakan rakan hebat kepada Malaysia.
Turut hadir ialah Presiden Rakan BN UK dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Dr Michael Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing. - BERNAMA

Tiada ulasan: