Selasa, 1 Mei 2012

Pemuda mahu Bersih diharamkan

Wartawan Sinar Harian

JOHOR BAHRU - Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru bersama 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Johor Bahru membuat lapo­ran polis berhubung insiden keganasan Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru, Khaled Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan mengharamkan Perhimpunan Bersih kerana ia tidak bersesuaian dan lari dari matlamat asal.

Menurutnya, pihaknya juga mahukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tegas dan bertindak lebih keras supaya Perhimpunan Bersih diharamkan di negara ini.

“Kita tidak mahu lagi dengar ada Perhimpunan Bersih 4.0 dan seterusnya selepas ini kerana ia hanya menimbulkan kacau-bilau yang berunsurkan keganasan kepada negara,” katanya, semalam.

Tiada ulasan: