Ahad, 20 Mei 2012

MTUC seru swasta iktiraf cuti sambut Vaisakhi

MALAYSIA KINI
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyarankan agar sektor swasta memberi cuti tanpa rekod kepada pekerja berketurunan Sikh bagi membolehkan mereka meraikan sambutan Vaisakhi.

Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan penjawat awam berketurunan Sikh bercuti pada hari tersebut, kata Naib Presidennya A Balasubramaniam.

Bulan lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bermula tahun depan, penjawat awam daripada kaum itu akan diberi cuti pada hari Vaisakhi iaitu sambutan tahun baru Sikh, yang lazimnya jatuh pada setiap 13 atau 14 April.

Mengulas lanjut, Balasubramaniam berkata langkah itu juga adalah seiring dengan semangat 1Malaysia memandangkan penganut agama lain termasuk Islam, Kristian dan Hindu telahpun diberi keistimewaan itu.
- Bernama

Tiada ulasan: