Ahad, 20 Mei 2012

Mayat lelaki ditetak ditemui dalam longkang

KUALA LUMPUR  - Mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di lengan ditemui dalam longkang di kawasan perumahan di Jalan Mata Ayer 1, Setapak di sini malam tadi.

Polis turut menerima maklumat bahawa seorang lelaki parah ditetak kira-kira 200 meter dari lokasi penemuan mayat tersebut yang dilaporkan pada pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis sedang menyiasat kaitan kedua-dua mangsa tersebut.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa yang dibunuh berusia 27 tahun dan dari Pahang, manakala mangsa yang cedera pula berusia 28 tahun. - UTUSAN

Tiada ulasan: