Isnin, 21 Mei 2012

Kes Ahli Perniagaan Tipu Pengarah NFC Ditangguh 12 Jun




KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang didakwa melakukan penipuan terhadap Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Hakim Rozilah Salleh menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Ketua Unit Pendakwaan Datuk Abdul Razak Musa memberitahu mahkamah bahawa beliau memerlukan lebih banyak masa untuk mengemukakan dokumen termasuk beberapa dokumen dari sebuah syarikat telekomunikasi.

Shamsubahrin didakwa dengan dua tuduhan menipu di bawah Seksyen 420 Kanun Jenayah dengan menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat kepada Mohamad Salleh dengan memperdayakan beliau bagi menyerahkan cek bernilai RM1.76 juta.

Shamsubahrin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd akan menerima hukuman penjara 10 maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda untuk setiap pertuduhan sekiranya didapati bersalah.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada pukul 6 petang, 20 November lepas dan Solaris, Mont Kiara di sini antara 25 dan 6 Disember lepas.

Rozilah menetapkan tarikh perbicaraan dari 16 sehingga 27 Julai depan.

Tiada ulasan: