Selasa, 15 Mei 2012

Fasha Sandha bunting pelamin


Nur Fasha Sandha 
 

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Hampir tiga minggu bergelar isteri, pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, 28, mengesahkan dia kini telah hamil.

Fasha yang bernikah dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 36, pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur dalam Twitternya hari ini memberitahu bahawa dia bunting pelamin.

"Rezeki daripada Allah yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur, alhamdulillah," katanya yang mendapat ucapan tahniah tidak putus-putus daripada peminatnya.

Fasha ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu, dia kini hamil lebih kurang seminggu.

Pasangan yang baru balik daripada berbulan madu di Pulau Redang itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga.

Tiada ulasan: