Rabu, 2 Mei 2012

Astro kata berhak tapis laporan BBC

MALAYSIA KINI
Penyiar TV berbayar Astro mengakui bahawa laporan oleh perkhidmatan penyiaran British, BBC ke atas perhimpunan BERSIH 3.0 yang disiarkannya ditapis demi "mematuhi garis panduan penyiaran kebangsaan."

Satu kenyataan Astro kepada laman Sarawak Report hari ini meyatakan bahawa stesen swasta itu berhak untuk menapis saluran antarabangsa yang disiarkannya.

NONEKenyataan yang memetik naib presiden operasi penyiaran Astro, Rohaizad Mohamed itu bagaimanapun tidak menjelaskan "garis panduan penyiaran kebangsaan" itu.

Sarawak Report dalam laporannya menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro.

Bahagian yang dipotong itu antara lainnya menunjukkan seorang anggota polis menaiki motosikal yang kelihatan melepaskan tembakan ke atas peserta perhimpunan, laporan itu dipetik.

Turut dikeluarkan daripada siaran itu ialah wawancara dengan peserta perhimpunan yang menjelaskan sebab mereka menyertai BERSIH 3.0, menurut laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyebut, BBC mengeluarkan satu kenyataan selepas diberitahu mengenai perkara itu oleh laman berkenaan.

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa "siasatan segera" dijalankan ke atas perkara itu untuk mengenalpasti fakta dalam kes berkenaan.

Tiada ulasan: