Jumaat, 4 Mei 2012

‘Amaran merah’ jika Najib berdegil hadir kes Scorpene

Oleh Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR : ‘Amaran merah’ (Red alert) akan dikeluarkan selepas waran tangkap, sekiranya saksi masih enggan hadir membantu siasatan rasuah kes kapal selam Scorpene, kata peguam, Fadiah Nadwa Fikri.

“Waran tangkap berkuatkuasa dalam wilayah Perancis. Untuk kawasan antarabangsa, ‘amaran merah’ akan dihantar kepada Interpol (Polis Antarabangsa),” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, hari ini.

Dokumen lain yang didedahkan  ialah invois yang difakskan oleh Terasasi Sdn Bhd (No Syarikat 524814-P) pada 19 September 2004 kepada Bernard BAIOCCO dan Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia.

“Invois menyatakan sejumlah Euro 359,450 atas tujuan ‘Success Fees’ (SF) yang dibayar melalui Alliance Bank Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16 Petaling Jaya beserta nota tulisan tangan.

“Nota tersebut tertulis – ‘Razak meminta sekiranya SF boleh dibawa ke dalam akaun dengan segera. Yuran sokongan menyusul dengan laporan,” kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel merujuk faks berkenaan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Thales Internasional Asia tidak boleh mengabaikan bahawa bayaran kepada Terasasi akhirnya memberi manfaat, sama ada Najib Razak atau penasihatnya, Razak Baginda.

“Satu persoalan lain, mengapa begitu banyak sekali ‘yuran-yuran?” kata Cynthia.

Tiada ulasan: