Jumaat, 18 Mei 2012

Akhbar Metro Ahad mohon maaf kepada etnik Penan

KOSMO

KUCHING - Metro Ahad semalam memohon maaf kepada masyarakat Sarawak khususnya etnik Penan yang tersinggung atau mengalami aib ekoran penyiaran artikel bertajuk Ibuku isteriku, bapaku suamiku," yang disiarkan Metro Ahad dan di dalam myMetro Online (www.hmetro.com.my) pada Ahad lepas.

Pada muka depan Metro Harian edisi Sarawak yang disiarkan semalam, Metro Ahad turut menarik balik sepenuhnya semua penyataan-penyataan yang terkandung di dalam artikel berkenaan.

"Metro Ahad juga mengakui ada beberapa salah faham dan kesilapan fakta dalam menerbitkan penyataan-penyataan di dalam artikel itu sehingga memberi gambaran salah yang mengaibkan orang Penan," kata akhbar tabloid bahasa Melayu itu dalam satu kenyataan maaf dan penarikan balik laporan itu.

Metro Ahad juga mengakui bahawa penyataan dalam artikel berkenaan dibuat tanpa merujuk ketua-ketua masyarakat Penan yang lebih arif mengenai adat resam etnik Penan. - Bernama

Tiada ulasan: