Ahad, 6 Mei 2012

3,000 sukarelawan terlibat Himpunan Jutaan Belia

KOSMO


LIZZA
KUALA LUMPUR - Seramai 3,000 sukarelawan bersedia untuk berkhidmat pada Himpunan Jutaan Belia yang bakal berlangsung di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei ini.

Menurut Penolong Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Lizza Imelia M. Sulanah, semua sukarelawan terbabit terdiri daripada belia yang berusia 15 hingga 40 tahun.

"Semua sukarelawan merupakan ahli pengakap dan beberapa badan beruniform lain serta pelajar universiti.

"Ia turut disertai badan-badan bukan kerajaan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, penyertaan untuk menjadi sukarelawan masih dibuka kepada mereka yang berminat.

Katanya, maklumat lanjut boleh menghubungi Rozana Roslan di talian 03-8871 3715 atau e-melkan kepada rozana@kbs.gov.my.

"Dalam e-mel, sertakan butiran diri seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon," tambahnya.

Selain itu, semua belia dijemput untuk mengklik butang like di laman Facebook Rakan Muda, Hari Belia Negara 2012 dan mengikuti akaun Twitter Hari Belia 2012.

Tiada ulasan: