Yusmadi menyifatkan ucapan tidak
bertanggungjawab Zulkifli sebagai batu penghalang terhadap semangat
wasatiyyah yang disemaikan oleh Najib.
Sekitar Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff (PKR) melabelkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin sebagai pelampau agama yang perlu dibanteras.
“Ucapan Zulkifli menampakkan benih-benih kesalahan keselamatan. Beliau ialah contoh pelampau agama yang perlu dibanteras memandangkan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak sedang berusaha mewujudkan semangat wasatiyyah,” kata Yusmadi dalam sidang media tengah hari tadi di Parlimen.
Beliau mengulas ucapan yang dibuat oleh Zulkifli dan Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali semalam berkaitan dengan pluralisme agama semasa mendebatkan pembentangan rang undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Zulkifli dan Ibrahim mengecam Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS), Profesor Mohammad Hashim Kemali; Profesor Pengajian Islam Universiti George Washington, Seyyed Hossein Nasr; Profesor Datuk Dr Osman Bakar dari Universiti Malaya dan IAIS serta NGO Jerman Yayasan Konrad Adenaur sebagai agen pengembang pluralisme agama yang perlu dibendung di bawah undang- undang keselamatan baru.
IAIS ialah organisasi yang ditubuhkan bertujuan untuk mengembangkan konsep Islam Hadhari semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Mereka ini digambarkan sebagai membahayakan negara dan terpesong dari Islam. Justeru itu, kerajaan mesti mengambil pendirian terhadap aktivisme keintelektualan tokoh-tokoh ini,” tegas Yusmadi.
Yusmadi sendiri mengalu-alukan kehadiran tokoh-tokoh ilmuwan tersebut selaku ketua biro hal ehwal antarabangsa PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan