Khamis, 5 April 2012

Tawan S'gor: Noh serupa macam Khir Toyo, kata MB

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menganggap keyakinan BN untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat hanya mengulangi 'lagu lama' pada 2008.

"Dia serupa macam Saudara Khir Toyo dulu. Dia kata pembangkang sifar," katanya.

Khalid berkata demikian ketika ditanya tentang sasaran timbalan pengerusi BN negeri Datuk Seri Noh Omar untuk memenangi 36 daripada 56 kerusi DUN.

"Jadi, kita tak payah nak komen. Kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Itu saja yang boleh saya kata."

Noh pada 31 Mac lalu dilapor berkata BN yakin menang di 36 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, hanya kurang satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam wawancara dengan Nanyang Siang Pau, Noh meramalkan Umno akan menang 30 daripada 35 kerusi yang ditandingi.

Noh juga berkata MCA mampu mendapat lima daripada 14 kerusi sementara GERAKAN dan MIC masih-masing mendapat satu kerusi.

Katanya, walaupun mendapat sokongan kurang memberangsangkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008, situasi kini berubah bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara langsung.

Selangor - negeri terkaya di Malaysia - kini antara negeri yang paling hebat diserang BN berputih masa pada 2008 dengan kekalahan mengejut mereka.

Tiada ulasan: