Khamis, 12 April 2012

Syed Sobri mahu ketepi isytihar muflis

SINAR HARIAN

Datuk Syed Sobri Syed Hashim

KUALA NERANG - Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata beliau telah mengarahkan peguamnya memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi mengenepikan keputusan mahkamah itu yang mengistiharkan beliau muflis.

Katanya beliau menjangkakan keputusan mengenai permohonannya itu akan diketahui dalam masa tiga empat hari lagi.
Selain itu, katanya beliau juga telah menghubungi semua pemberi hutang supaya memberikan masa kepadanya untuk membayar balik hutang berkenaan.
"Saya positif dapat selesai masalah ini dan kekal sebagai Adun," kata Syed Sobri kepada Bernama semasa melawat mangsa ribut di pekan Kuala Nerang di sini, hari ini.
Pada 3 April lepas, Syed Sobri mengumumkan beliau diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember lepas kerana gagal membayar baki hutangnya berjumlah RM8 juta dengan beberapa bank tempatan dan agensi kerajaan.
Mengenai kenyataan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mahu menjadikan DUN Kuala Nerang sebagai DUN angkat Umno Kedah, Syed Sobri berkata beliau menyambut baik cadangan itu tetapi selagi tiada surat rasmi Jabatan Insolvensi atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan DUN Kuala Nerang kosong, beliau akan terus berkhidmat sebagai Adun. - Bernama

Tiada ulasan: