Selasa, 3 April 2012

Sistem tukar hak milik kenderaan dilancar



CHO HA menyaksikan Lim Lee Yee, 26, (kiri) melakukan proses pertukaran hak milik kenderaan sementara di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA - Individu yang ingin menjual kenderaan mereka kepada syarikat kenderaan terpakai tidak perlu risau lagi berkenaan status hak milik yang sering menimbulkan masalah sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, proses menukar status hak milik telah dipermudah melalui Sistem Tukar Milik Sementara sekali gus melindungi mereka daripada teraniaya.

"Penukaran hak milik kereta sementara ini hanya sah bagi tempoh maksimum enam bulan. Jika dalam tempoh tersebut, kenderaan itu tidak dijual, syarikat kereta terpakai akan diberikan hak milik kekal kenderaan itu dan tempoh sementara itu secara automatik terbatal," katanya.

Tiada ulasan: