Khamis, 26 April 2012

Saya bukan isteri menteri – Zahida




KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi.
Saya cuma tahu beliau seorang menteri.

“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.

Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Zahida sudah keluarkan saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida. kita tengoklah apa kesudahan kes ni nanti.

Tanpa Nama berkata...

Banyak ulasan dari Zahida tapi tidak di pihak Shafie.

John Winchester berkata...

kontroversi

Tanpa Nama berkata...

cerita ini hnya gosip, ia belum tentu benar.

Sanih Alias berkata...

Kita tidak tahu setakat mana kebenaran dalam dakwaan ini. Yang pasti semua ini akan diketahui nanti setelah mendapat keputusan siasatan.

Mumbai berkata...

kesian Zahida dijadikan mangsa serangan politik oleh puak2 terdesak yang mengidam jawatan kabinet..