Khamis, 12 April 2012

Permohonan semakan kehakiman penduduk Gebeng ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara keapda Lynas Corporation bagi mengusahakan kilang nadir bumi.

Permohonan itu diisytihar "pramatang" atas tiga alasan yang diberikan Hakim Datuk Rohana Yusof.

NONEMahkamah berkata, mahkamah bukan tempat yang betul untuk membuat semakan kehakiman kerana terdapat rayuan belum selesai melibatkan menteri Sains, teknologi dan inovasi yang ditetapkan pada 17 April.

Beliau juga berkata, jawatankuasa pilihan khas yang ditubuhkan pada 23 Mac untuk menyiasat standard keselamatan Lynas dan AELB sudah menggantung lesen operasi sementara.

Pada 17 Februari, penduduk berkenaan memfailkan permohonan dengan AELB yang menyelia pengeluaran, permohonan dan penggunaan tenaga atom dan bahan radioaktif, ketua pengarah kualiti alam sekitar dan Lynas sebagai responden.

Dalam permohonan itu, penduduk berkenaan memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan AELB pada 30 Januari bagi mengeluarkan lesen sementara kepada Lynas Malaysia.

Mereka juga memohon perintah bagi melarang AELB daripada mengeluarkan lesen sementara atau tetap kepada Lynas kecuali atau sehingga syarikat itu mengemukakan laporan penilaian lengkap mengenai kesan loji itu terhadap alam sekitar kepada ketua pengarah kualiti alam sekitar dan sehingga laporan itu diluluskan.

Tiada ulasan: