Khamis, 12 April 2012

Pelajar Malaysia selamat dalam kejadian gempa bumi di Acheh

sinar harian

JAKARTA - Pelajar Malaysia di Aceh dan Padang dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi berkekuatan 8.9 pada skala Richter, yang berlaku pukul 3.38 petang waktu tempatan, Rabu.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha 1 Education Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinada Misnun berkata pelajar Malaysia di kedua-dua tempat menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelak bencana tsunami.

"Ketika dihubungi, mahasiswa Malaysia di Aceh sedang menyelamatkan diri ke kawasan lebih tinggi bagi mengelakkan gelombang tsunami yang mungkin berlaku," katanya.

Mahasiswa Malaysia di Padang juga dinasihat menyelamatkan diri ke kawasan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga terhadap ancaman tsunami.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan harta benda akibat gempa bumi itu, bagaimapun pihak berkuasa belum menarik balik amaran tsunami.

Pihak berkuasa percaya gempa tektonik itu serta gempa susulan 8.5 pada skala Richter, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung. - Bernama

Tiada ulasan: