Isnin, 23 April 2012

Parti baru boleh sertai BN jika rakyat mahu

 
Ketua Menteri Sarawak berkata beliau sendiri terbuka dalam hal itu selagi kehadiran parti baru itu mendatangkan kebaikan kepada BN secara keseluruhannya.




KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak bersedia menerima sebuah lagi parti komponen yang baru, bagaimanapun ia adalah bergantung kepada kemahuan serta pilihan rakyat di negeri ini.

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau sendiri terbuka dalam hal itu selagi kehadiran parti baru itu mendatangkan kebaikan kepada BN secara keseluruhannya.

Ini kerana jelasnya, pendaftaran baru parti politik yang lain adalah sebahagian daripada senario politik di Sarawak.

“Kenapa tidak jika sebuah parti baru itu masuk (BN). Inikan pula kita mengamalkan sistem demokrasi di negara ini.

“Jika mahu, itu terpulang kepada rakyat negeri ini kerana mereka bebas untuk memilih,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kelab Lions Multiple District 308 Ke-50.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sama ada BN Sarawak akan menerima kemasukan Parti Pekerja Sarawak (SWP) sebagai parti

komponen BN baru selepas pendaftarannya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dua hari lalu.

Mengenai sama ada BN Sarawak akan memberi ‘lampu hijau’ kepada SWP untuk menampilkan calon mereka dalam pilihan raya umum akan datang, Ketua Menteri memberitahu parti itu bebas untuk berbuat demikian.

“Terpulanglah kepada mereka,” katanya ringkas.

Sementara itu, Presiden Penajanya Dr Ong Lark Sai dipetik sebagai berkata partinya belum memutuskan sama ada memihak parti pemerintah atau pembangkang.

Tiada ulasan: