Jumaat, 20 April 2012

Pakatan Rakyat sedang bincang bubar DUN serentak

 
"Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang sedang duduk memikirkan mahu membubarkan negeri-negeri Pakatan Rakyat atau tidak." 




PETALING JAYA: Pakatan Rakyat sedang berbincang sama ada akan membubarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak .

“Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang duduk memikirkan mahu membubarkan negeri-negeri Pakatan Rakyat atau tidak.

“Kalau  daftar tidak bersih,  kata bubar bulan enam (Jun) kita nak ikut atau tidak.

“Bubar tidak bubar, kita buat keputusan berdasarkan negeri masing-masing kerana negeri-negeri Pakatan Rakyat ada kuasa untuk bubar atau tidak DUN masing-masing,” kata Datuk Mustafa Ali dalam satu ceramah di Dungun.

Pakatan Rakyat memerintah empat negeri – Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah – selepas menang dalam pilihan raya umum 2008.

Setiausaha Agung PAS berkata, Pakatan Rakyat sedang melihat sama ada senarai daftar pemilih bersih atau tidak.

“Kita nak tengok daftar ni bersih atau tidak, katakan dia bubar bulan enam (Jun) atau lima (Mei) negeri ada hak kerana kita ada masa setahun lagi,” tambah tokoh veteran PAS itu.

`Najib tanya Rosmah’

Mustafa berkata, tarikh pilihan raya umum terus menjadi tanda tanya dan mendakwa hanya dua orang yang tahu iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor.

“Walaupun tiada siapa tahu tarikh sebenar, hanya dua orang yang tahu. Najib nak tanya Rosmah dulu,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS itu menambah, Perdana Menteri sangat takut membubar dan menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Katanya, ini kerana beliau takut teori Rahman yang menjadi petunjuk daftar Perdana Menteri sejak merdeka tahun 1957 berakhir selepas pemerintahan Najib.

Menurutnya, terori Rahman – R ialah Tunku Abdul Rahman, A  (Tun Abdul Razak Hussein), H  (Tun Hussein Onn) M  (Tun Dr Mahathir Mohamad) A  (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan N (Najib).
“Pemimpin BN kata pilihan raya umum ke 13 ini ibu segala perperangan. Sebab itu mereka tengah nak tipu sekarang.

“Di Selangor bukan sahaja daftar orang asing tetapi rakyat Sabah Sarawak juga di daftar di Selangor. Kerana Selangor negeri maju, daftar ramai orang tidak nampak, satu alamat 100 orang,” kata Mustafa lagi.

Tiada ulasan: