Isnin, 16 April 2012

Orang Asli demo depan pejabat MB Kelantan

Kira-kira 300 Orang Asli berhimpun di pejabat menteri besar Kelantan di Kota Bharu bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang didakwa terus berdiam diri terhadap pengambilan tanah adat mereka.

Berkumpul seawal jam 9 pagi, Orang Asli Temiar daripada 26 kampung berkumpul sambil membawa pelbagai kain rentang yang mendakwa mereka menderita dan mendakwa kerajaan negeri menipu.

Orang Asli protest KelantanMereka mendakwa kerajaan PAS mengeluarkan lesen pembalakan di tanah nenek moyang mereka dan menjalankan projek pertanian negeri Ladang Rakyat di situ.

Bantahan hari ini yang ketiga bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka.

Dalam bantahan pada 8 Januari lalu, lapan orang Temiar di Gua Musang ditangkap selepas cuba mengadakan sekatan bagi menghalang pembalak memasuki kampung mereka.

Tiada ulasan: