Ahad, 1 April 2012

MB: Bantuan banjir RM300 bukan pampasan

AHMAD NORMAN ABU TALIB

MB: Bantuan banjir RM300 bukan pampasan

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memperuntukkan sekurang-kurangnya RM300 kepada setiap keluarga mangsa banjir kilat di sekitar Klang semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memberi bantuan lebih daripada RM300 bergantung kepada kesukaran mangsa alami.

Menurutnya, sebagai negeri mementingkan kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri mahu meringkan beban ditanggung mangsa-mangsa banjir kilat tersebut tetapi ia berdasarkan kemampuan serta realistik.

Katanya, bantuan tersebut adalah sekadar untuk meringkan beban mangsa dan bukannya pampasan atas kehilangan atau kerugian mereka alami akibat kejadian itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mangsa banjir atas kesabaran mereka

dan kerjasama mereka kepada pihak berkuasa negeri dalam memastikan prosesmembekalkan bantuan berjalan lancar,” katanya melalui kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Beliau mengarahkan Pegawai Daerah Klang dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya menyediakan laporan lengkap kejadianini termasuk punca dan cara penyelesaiannya.

Menurutnya, laporan tersebut akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), Khamisini.

Katanya, wakil rakyat di kawasan terlibat menubuhkan bilik gerakan untuk menyalurkan bantuan diperlukan seperti makanan, minuman serta keperluan lain.

Abdul Khalid berkata, bilik gerakan ini juga mendaftarkan semua mangsa bagi merekodkan jeniskerosakan dan kerugian yang ditanggung mangsa agar tindakan susulan diambilseperti bantuan sewajarnya.

Sementara itu, beliau berkata, masalah banjir kilat di Klang telah berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu tanpa ada sebarang usaha agresif untuk mengatasi bencana alam ini dalam tempoh itu.

“Adalah tidak adil menuduh kerajaan negeri sekarang tidak menjaga kebajikan rakyat dan gagal memastikan banjir kilat tidak berulangsedangkan kerajaan negeri sebelum inipun gagal menangani masalah ini walaupun lebih 50 tahun memerintah.

“Kerajaan Negeri akan megkaji semula pelan pembangunan di Klang berdasarkan kejadian dataran banjir 50 tahun. Pelan itu akan dijadikan panduan di mana Kerajaan Negeri akan menasihatkan pihak berkenaan supaya tidak membangunkansesebuah kawasan jika kawasan itu kemungkinan ditenggelami banjir,” katanya.

Tiada ulasan: