Jumaat, 6 April 2012

Lesen Operasi Sementara Lynas Ditangguh Sehingga Pendengaran Rayuan Selesai

PETALING JAYA: Lynas (M) Sdn Bhd tidak akan dikeluarkan lesen operasi sementara (TOL) sehingga pendengaran rayuan oleh sekumpulan penduduk kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi selesai, kata Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA), Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan.

Beliau yang memberitahu The Star pada Khamis bahawa LPTA memutuskannya semasa mesyuarat pada 22 Mac untuk menangguhkan pengeluaran TOL kepada Lynas.

"Lesen tidak akan diberikan sehingga ia (pendengaran) diselesaikan. Pendengaran dijadual akan diadakan pada 17 April," katanya.

Raja Abdul Aziz berkata, penangguhan itu juga dibuat di bawah Seksyen 16 (5) Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.

Pendengaran akan diadakan di Agensi Nuklear Malaysia di Bangi, di mana Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mendengar hujah daripada Pengerusi Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas, Tan Bun Teet dan tiga wakil yang lain.

Tan yang dihubungi mengesahkan bahawa pengeluaran TOL untuk Lynas telah ditangguhkan.

"Kita akan bertemu dengan menteri dan memberikan penghujahan kami. Menteri kemudiannya akan membuat keputusan, sebagai muktamad," katanya.

Tiada ulasan: