Khamis, 5 April 2012

Hanya Suruhanjaya DiRaja Yang Dapat Menyelamatkan Kedaulatan Negara

Wartawan Buletin

KEMAMAN – Kebanjiran warga asing yang diproses menjadi warganegara sekaligus menjadi pengundi dalam senarai pendaftaran pemilih tidak dapat diselesaikan dengan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkait penambahbaikan aiatem pilihanaraya di negara ini.

Naib Presiden PAS Dato’ Mahfuz Omar menegaskan, ia hanya dapat diselesaikan dengan penubuhan Suruhanjaya DiRaja yang menyiasat kes yang membabitkan kedaulatan Negara itu.

“Dua bulan yang lalu, kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja menyiasat kebanjiran warga asing, saya kata bukan sahaja untuk menyiasat yang berlaku di Sabah,

“tetapi mesti dpanggil saksi-saksi memberi keterangan tentang sebuah ‘task force’ yang ditubuhkan dibawah Jabatan Perdana Menteri,”ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena Kedah berkata demikian dalam ucapannya pada malam pertama Himpunan Anak Muda Tolak Umno yang diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga, Chukai dekat sini malam ini 4 April.

Turut berucap dalam Majlis tersebut adalah Presiden PAS Dato’Seri Tua Guru Abdul Hadi Awang dan Yang DiPertua PAS Kemaman Ismail Harun.

Turut hadir adalah Penolong Setiausaha PAS Terengganu merangkap Pengarah MTD Chukai, haji Hanafiah Mat dan Setiausaha PAS Kemaman Ustaz Alias Abdul Hamid serta Bendahari PAS Kemaman Tuan Haji Johan.

Tiada ulasan: