Isnin, 16 April 2012

Hanya 56 Mangsa Banjir Kampar Masih Di Pusat Pemindahan

MSTAR ONLINE

KAMPAR: Jumlah mangsa banjir di Kampar berkurangan kepada 56 orang setakat pukul 7 malam ini, selepas 257 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada Ahad.

Mereka yang terdiri daripada 18 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh berkata paras air Sungai Kampar mula surut dan keadaan banjir di beberapa buah kampung sudah pulih sepenuhnya.

Hanya tinggal dua buah kampung yang masih terlibat banjir iaitu Kampung Batu 20 dan Kampung Baru Kuala Dipang, katanya ketika dihubungi hari ini.

Hujan lebat pada Rabu lepas menyebabkan air Sungai Kampar melimpah dan membanjiri sembilan buah kampung menyebabkan lebih 1,000 mangsa dipindahkan. BERNAMA

Tiada ulasan: