Khamis, 12 April 2012

Bukan mudah mansuhkan ISA, kata Najib

Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 merupakan perkara sukar untuk kerajaan.

Bercakap di ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kesukaran itu dirasakan, terutamanya oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

NONEBukan mudah untuk menteri dalam negeri menyerahkan kuasa menahan individu tetapi ia tetap dilakukan kerana faham kepada kehendak rakyat, kata Najib.

Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang akan menggantikan ISA dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Selasa.

Najib juga berterima kasih kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pasukannya kerana menyokong langkah kerajaan memansuhkan ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Tiada ulasan: