Isnin, 16 April 2012

Abang Soi Lek disiasat atas dakwaan rasuah

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.


KUALA LUMPUR — Polis hari ini mengesahkan abang kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek antara tiga individu yang sedang disiasat atas dakwaan rasuah melibatkan syarikat Xian Leng Holdings Bhd.

Audit khas syarikat berkenaan mendapati bekas pengarah syarikat tersebut, Chua Chong Seng, bersama pengarah lain tidak mengikuti prosedur akaun syarikat dalam perbelanjaan modal (capex) berjumlah RM90.7 juta antara tahun kewangan 2005 dan 2008.

The Edge melaporkan berdasarkan laporan syarikat tersebut kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan itu menjelaskan tiga bekas pengarah itu — bekas pengarah urusan, Ng Huan Tong; isterinya, Lim Wan Hong; dan Chong Seng — telah menandatangani cek tunai meragukan berjumlah RM85.7 juta sebagai bayaran kepada empat kontraktor untuk pembinaan kolam ikan. Baki RM5 juta dibayar kepada 52 kontraktor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan telah mengesahkan laporan polis telah dibuat berhubung perkara itu Jumaat lalu, dan siasatan sedang dijalankan.

“Kami telah menerima laporan tersebut akan menyiasat untuk tindakan susulan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Jumlah RM85.7 juta [daripada jumlah keseluruhan RM90.7 million capex] dibayar kepada empat kontraktor adalah meragukan. Bayaran sebanyak itu dibuat melalu cek tunai dan terdapat kekurangan bukti menunjukkan jumlah itu dibayar atau diterima oleh kontraktor.

Pengeluaran cek tunai dengan jumlah yang besar adalah berbeza dengan amalan prosedur oleh manual kewangan kunpulan,” kata Xian Leng selepas menyerahkan audit oleh PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd.

Oleh kerana tidak mampu mengesahkan pembiayaan capex itu, aset tetap Xian Leng dikurangkan sebanyak RM51.9 juta sehingga tarikh itu.

Pembayaran itu disahkan Ng, yang merupakan pengarah urusan Xian Leng sejak tiga hari lalu apabila kumpulan itu mengumumkan perletakan jawatannya. Tandatangan dalam cek tersebut termasuk Chua, yang merupakan pengarah eksekutif sehingga 31 Ogos, 2008 dan Lim, pengarah eksekutif Xian Leng hingga perletakan jawatannya pada 23 Disember 2011.

Ng dan Lim memiliki 46.5 peratus sahan Xian Leng, dan dipercayai mempunyai lebih 51 peratus keuntungan melalui rakai niaga. Berdasarkan pegangan saham majoriti itu, sesetengah pemerhati melihat terdapat cubaan pengarah lain untuk mengusir mereka berikutan penemuan unsur curiga dalam akaun mereka.

Laporan audit itu menyatakan tiada pengarah sama ada dahulu atau sekarang, bebas mahupun eksekutif terlibat dalam pengeluaran cek tunai kepada kontraktor. Ia turut menyatakan perbelanjaan modal hanya diserahkan kepada jawatankuasa audit pada 2006.

Kumpulan itu berkata, menyedari berlakunya kecurigaan dalam capex oleh kumpulan audit dalaman, pengarahnya telah diambil tindakan dengan mengurangkan capex.

Audit itu turut mengenal pasti pengeluaran cek tunai dibuat syarikat tukaran wang yang dimiliki 80 peratus oleh Chua.

PricewaterhouseCoopers menyatakan Chua tidak mendedahkan transaksi tersebut, dianggap tidak berkaitan transaksi kepada syarikat

Daripada jumlah itu yang digunakan untuk kolam, Xian Leng memberikan RM51.9 juta dan aset dikurangkan kepada RM23.5 juta.

Tuduhan terhadap abang kepada Dr Chua ini sekali lagi akan meningkatkan penelitian hubungan perniagaan dan politik berkaitan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin kanan MCA seperti Tun Dr Ling Liong Sik and Tan Sri Chan Kong Choy telah didakwa di mahkamah atas skandal Port Klang Free Zone (PKFZ).

Tiada ulasan: