Jumaat, 27 April 2012

6 lokasi alternatif perhimpunan Bersih 3.0

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Peserta himpunan aman Bersih 3.0 yang tidak dapat memasuki Dataran Merdeka, diminta berkumpul di enam tempat alternatif sebelum berarak ke sana.

Ia ialah Pasar Seni atau Central Market, Masjid Negara, Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Brickfield, Jalan Sultan dan Masjid India.



Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah, berkata  kumpulan Himpunan Hijau akan bersatu dengan himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0.

Katanya, Himpunan Hijau tidak terpisah dengan Bersih 3.0 kerana mereka menyertai kedua-dua perhimpunan itu atas tujuan sama -  mendesak ke arah pilihan raya yang bersih, adil dan telus.

Mengikut perancangan, katanya, perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka dan pihaknya tidak sekali-kali akan menukar ke tempat lain.

Beliau berkata, enam lokasi alternatif adalah tempat perhimpunan awal sebelum peserta menuju ke Dataran Merdeka.

“Tetapi kalau orang ramai tak dapat sampai ke Dataran Merdeka, mereka hendaklah berkumpul dengan duduk bantah di enam tempat itu,” katanya kepada Harakah Daily.

Tiada ulasan: