Rabu, 28 Mac 2012

Tarikh Pilihanraya Umum Ke13 Sudah Dekat, Lebih Banyak Bantuan Rakyat Diumumkan!!

Staff Berita Semasa

Ramalan Tarikh Pilihanraya umum Tarikh Pilihanraya Umum Ke13 Sudah Dekat, Lebih Banyak Bantuan Rakyat Diumumkan!!


Semboyan pertama yang ditiupkan oleh Datuk Seri Najib Razak sudah dimulakan. Dan beliau telah membayangkan tarikh Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat dan paling pentingnya Perdana Menteri cukup yakin Barisan Nasional akan terus menjadi kerajaan dan memegang tampuk pemerintahan negara untuk menjaga anda, anda anda semua sebagai rakyat Malaysia untuk tempoh 5 tahun seterusnya.

Apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah cukup yakin, maknanya dah tak lama dah sebenarnya…

“Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa tu, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihanraya umum)”

Dengan makin dekatnya tarikh pilihanraya umum ke 13, Perdana Menteri telah mula menabur janji dan mahu mengotakannya secepat mungkin dengan mahu mengumumkan lebih banyak lagi bantuan untuk rakyat seperti anda, anda dan anda semua tidak lama sahaja lagi. Kali kelompok mana yang bakal disasarkan oleh Datuk Seri Najib Razak?

Kalau sebelum ini :

tarikh pilihanraya 2012 Tarikh Pilihanraya Umum Ke13 Sudah Dekat, Lebih Banyak Bantuan Rakyat Diumumkan!!

Nampaknya sepanjang tempoh Pilihanraya Umum ke 13 kali ini bakal menjadi “pesta” dan sangat istimewa untuk rakyat Malaysia apabila bakal diangkat menjadi “raja”, dijulang, disayangi, setiap permintaan anda akan diberikan perhatian yang lebih serius berbanding sebelumnya tidak kira daripada kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional @ kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat ataupun kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional.

Sementara ada masa ini, tunaikanlah manifesto yag pernah dijanjikan semasa Pilihanraya Umum ke 12 2008. Akhirnya yang untung siapa? Anda, anda semua sebagai rakyat Malaysia: Ingat, tidak kira siapa pun yang menjadi pemerintah di dunia :

  • Apabila rakyat pandai, kerajaan akan lebih kuat bekerja
  • Apabila rakyat menjadi lebih bijak, kerajaan akan menjalankan tugas & tanggungjawabnya dengan amanah tanpa sebarang rasuah dan penyelewengan
  • Apabila rakyat lemah dan kurang bijak, kerajaan akan menjadi sambil lewa ketika menjalankan tanggungjawab mereka
  • Apabila rakyat bersatu dan kuat, kerajaan akan tunduk dengan kehendak rakyat
  • Apabila rakyat lemah, kerajaan sesuatu negara akan buat-buat tak nampak sahaja (kurang prihatin)permintaan rakyat

Sementara tarikh pilihanraya umum ke 13 yang dikatakan semakin dekat itu terus menjadi tanda tanya dan rahsia oleh Datuk Seri Najib, nasihat kami kepada kalangan pemimpin politik teruskan sahaja bekerja untuk rakyat tidak kiralah daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Biar rakyat terus memerhatikan hasil gerak-geri dan hasil kerja anda semua selama ini dan menentukannya dengan sendiri pada Pilihnaraya Umum ke 13 yang akan datang. Pandangan anda pula?

P/S : Cadangan, permintaan & harapan anda mengenai bantuan rakyat yang bakal diumumkan oleh Datuk Seri Najib kelak?

Tiada ulasan: