Rabu, 28 Mac 2012

Tangan-tangan ‘Ghaib’ Disebalik ‘Penerokaan Haram’ Tanah Gong Dohud

Wartawan Buletin

SETIU – Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi Dr Azman Ibrahim kesal kerana pihak Pejabat Daerah dan Tanah Besut gagal mengambil tindakan sewajarnya, menghukum mereka yang mengetuai tindakan menerokai tanah secara haram di kampung Gong Dohud dekat sini (Gambar kanan).


Beliau berkata seolah-olah ada tangan-tangan ghaib’ di pejabat tersebut yang menggagalkan tindakan yang diambil oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri baru-baru ini.

“Kita kesal, kepentingan rakyat tidak dijaga dan pentadbiran Pejabat Daerah dan tanah Besut gagal mengambil tindakan sewajarnya,

“bayangkan….sebuah ‘excavator’ yang disita oleh PTG boleh hilang begitu sahaja, tidak munasabah langsung kalau tak ada ‘tangan-tangan ghaib’ yang berkuasa melakukannya,”ujarnya ketika ditemui skuad BO.

Beliau menyifatkan slogan ‘Merakyat Pentadbiran dan Pembangunan’ negeri Terengganu adalah slogan mainan dan jelas gagal apabila ada segelintir pegawai kerajaan negeri yang ‘dibeli’ oleh pihak tertentu.

Katanya, sesuatu polisi kerajaan tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya terdapat pegawai yang mengutamakan kepentingan peribadi dari mengutamakan hak rakyat.

Beliau turut memberitahu, pihaknya telah mengesan lokasi dimana ‘Excavator’ tersebut disembunyikan dan akan mendedahkannya kepada media sedikit masa lagi.

“Kita dan dapat kesan modus operandi bagaimana ‘excavator’ tersebut yang menjadi barang kes telah dilarikan dan kita sedang mengumpul maklumat pihak-pihak yang terlibat,

“apabila maklumat lengkap kita akan dedahkan kepada media supaya rakyat tahu, siapakah pengkhianat sebenarnya disebalik penerokaan tanah ‘haram’ tersebut,”jelasnya.

Beliau menegaskan, rakyat perlu sedar dan menolak Umno/BN pada pilihanraya akan datang kerana pemimpin mereka bukan sahaja mengambil tanah rakyat sewenang-wenangnya.

Menurutnya, dengan menggunakan kuasa, mereka merampas tanah rakyat dan mengambil tanah-tanah kerajaan untuk milik peribadi mereka dan keluarga mereka.

“Rakyat beri mereka mandat, kuasa dengan memilih mereka dalam pilihanraya umum lalu, tetapi mereka khianati dengan rampas tanah rakyat, ambil tanah kerajaan untuk kepentingan peribadi,

“tak cukup setakat itu, mereka menjadi ‘dalang’ meneroka tanah-tanah kerajaan secara haram,”tegasnya

Beliau berkata demikian merujuk kepada pendedahan Peuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang mendedahkan lima pemimpin Umno terdiri dari ADUN dan Ahli Parlimen yang mendapat anugerah tanah-tanah kerajaan seluar satu hektar setiap orang.

Haji Wahid Endut pada 24 Mac lalu, memberitahu media nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’ yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato’ Seri Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad, ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof dan ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat.

Mengulas lanjut, Dr. Azman berkata, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said sepatutnya tahu membezakan antara kelulusan tanah kepada syarikat dan kelulusan tanah kepada individu.

Katanya, kelulusan tanah kepada syarikat adalah untuk kepentingan orang ramai bagi menjana ekonomi negeri tetapi kelulusan tanah kepada individu pemimpin Umno hanyalah akan menambahkan kekayaan peribadi mereka.

“Kerajaan PAS Terengganu meluluskan tanah kepada syarikat Imbasan Padu, untuk menanam limau madu dibawah program ‘Citrus Valley’ yang telah dimulakan oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad,

“tanah tersebut telah dipohon sebelum Dr. Sulaiman menjadi wakil rakyat, dan hanya diluluskan pada zaman PAS memerintah mengikut prosedur dan tatacara yang dibenarkan,

“mengapa MB tak tahu beza dan menjadikannya ia sebagai satu isu kononnya cuba menutup isu pemimpin Umno ‘baham tanah’,”katanya.

Tiada ulasan: