Ahad, 25 Mac 2012

Puteri UMNO Serah Kepada Pimpinan Pusat Tentukan Jumlah Kerusi PRU

MSTAR ONLINE

PENDANG: Pergerakan Puteri Umno menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi wakil pergerakan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata bukan hak beliau dan pergerakan itu untuk menentukan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh PuteriUmno pada pilihan raya umum nanti.

"Semuanya terserah kepada kebijaksanaan pimpinan pusat. Saya percaya pucuk pimpinan melihat perkara ini lebih-lebih lagi usaha-usaha menjurus kepada keupayaan 30 peratus wanita (untuk memegang jawatan tinggi).

"Kita tak mintak. Biarkan Presiden parti buat keputusan. Sekiranya pucuk pimpinan rasa ada pemimpin Puteri yg boleh diketengahkan sebagai tambahan kepada kerusi sedia ada, kita ucapkan Alhamdulillah. Ia satu pengiktirafan cukup bermakna kepada kita," katanya kepada kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra Jentera Pilihan Raya Puteri Umno Negeri Kedah di sini hari ini.

Pada PRU ke-12, wakil Puteri Umno bertanding dua kerusi Parlimen dan lapankerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana calon mereka menang di kedua-duakerusi Parlimen dan enam kerusi DUN.

Hadir sama pada majlis itu adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UmnoNegeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Naib Ketua Puteri Shahanim Mohd Yusoff danKetua Puteri Umno Kedah Datin Norashimah Md Nowar.

Sementara itu, Rosnah berkata bagi menghadapi PRU-13, pergerakan itudiberikan tugas teras untuk mengendalikan teknologi maklumat termasuk mediaalternatif.

"Pada PRU ke-12, kita (Umno dan Barisan Nasional (BN)) sedikit lalai, kitaignore perkara ini. Kita tidak mahu ulangi kesilapan sama, kita tumpukan untuk'berperang' dengan pembangkang di alam siber. Kita dalam proses melatihpenulis-penulis politik di kalangan ahli Puteri," katanya.

"Kita nak pastikan 1.4 juta golongan itu di seluruh negara berpihak kepadaBN. Sehingga 19 Mac sudah lebih 300,000 ahli Puteri berdaftar sebagai pemilihdaripada keseluruhan ahli 381,000.

Pada majlis terdahulu di JITRA, Rosnah memberi sokongan penuh terhadap KetuaPergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan menolak desakan dancadangan Naib Ketuanya Kamilia Ibrahim yang meminta supaya Shahrizat melepaskanjawatannya.

Beliau berkata jawatan itu merupakan jawatan yang dimenangi oleh Shahrizatdan ia merupakan mandat dan sokongan wanita seluruh Malaysia terhadap beliau.

"Saya kira apa yang menjadi fokus kami sebagai ketua-ketua sayap adalahpersediaan ke arah menghadapi pilihan raya. Kita perlu melihat apa yang berlakukepada Shahrizat sebagai cabaran kepada beliau sebagai pemimpin wanita dan sayaselaku pemimpin Puteri merasakan cabaran ini tidak sesekali akan menyebabkanbeliau patah semangat lebih-lebih lagi sokongan yang diberikan oleh wanitabegitu fenomena sekali.

Semalam, dalam sidang media selepas Perhimpunan Wanita Umno, Perdana MenteriDatuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan Shahrizat kekal sebagai Ketua WanitaUmno.

Pada 11 Mac lepas, Shahrizat mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagaiMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempohnya sebagaianggota Dewan Negara tamat pada 8 April namun beliau kekal sebagai Ketua WanitaUmno dan BN.

Isu peletakan jawatan Shahrizat berbangkit apabila suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail selaku pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation didakwa menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.-BERNAMA

Tiada ulasan: