Rabu, 28 Mac 2012

Program MES DiSabotaj Melalui SMS DiLapor Polis




SHAH ALAM : Unsur sabotaj melalui pesanan ringkas SMS yang dilakukan oleh Umno-BN berhubung Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dikenal pasti dan akan diambil tindakan sewajarnya.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dalam pergulungannya di Dewan Undangan Negeri hari ini berkata perkara itu sudah dilaporkan pada Polis.

Katanya, banyak program MES telah disabotaj antaranya program Jom Shopping dan Skim Kesejahteraan Rakyat.

Sebelum ini katanya, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan didatangi orang ramai di Pusat Khidmat beliau kerana terdapat SMS yang dihantar kepada mereka supaya datang mengambil baucher RM1,000 di Pejabat beliau.

Bagaimanapun katanya, skim itu tidak pernah diumumkan tetapi isu itu dibuat secara berleluasa di akhbar media pembangkang yang menggunakannya sebagai medium perantaraannya.

“Saya telah banyak menerima aduan. Isu ini telah dihebohkan secara berleluasa. Yang sebenarnya media mereka sentiasa memberi fakta-fakta yang salah dan ada unsur-unsur sabotaj supaya rakyat negeri ini akan keliru,”katanya.

Rodziah yang juga Adun Batu Tiga berkata baru-baru ini terdapat hebahan di Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengenai program Jom Shopping.

“SMS itu mengatakan sesiapa sahaja layak untuk menerima bantuan dalam program itu, maka akhirnya menimbulkan kacau bilau di pasaraya.

“Begitu juga minggu lalu, ramai rakyat beratur seawal jam lapan pagi di Pejabat Penyelaras DUN Paya Jaras kononnya mendapat SMS bahawa mereka akan menerima RM800 ringgit sebagai saguhati,”katanya.

Justeru katanya, beliau mencabar pihak pembangkang supaya berani berlawan di gelanggang secara betul dan telus.

“Saya mncabar pembangkang dan saya ingin juga melihat, kalau berani sebagai anak jantan masuk gelanggang secara betul..kita akan tengok nanti.

“Pada saya jangan ingat rakyat selangor ini tidak pandai..saya kesian melihat rakyat selangor yang sentiasa dimain-mainkan dengan fakta yang tidak betul. Kita mahu supaya rakyat ini dapat informasi yg betul, tepat, dan biar mereka yg tentukan sapakah yg bakal mereka pilih untuk mewakili mereka di dun masing-masing.

“Jadi isu telah mnjadi satu budaya yang sepatutnya semua rakyat renung-renungkan siapakah yang wajar dipilih akan datang,” katanya.

Tiada ulasan: