Jumaat, 30 Mac 2012

Pemimpin PKR: 'Janji tidak ditunai rasuah politik'

Norshahzura Mat Zuki

Rafizi Ismail

SHAH ALAM - Rasuah politik adalah satu amalan membabitkan mereka yang berkuasa memberi janji untuk mendapatkan sokongan agar keputusan pilihan raya memihak mereka tetapi gagal menunaikan janji-janji dibuat, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Di Malaysia misalnya, menurut beliau, rasuah berlaku apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jelas menyatakan bahawa "I help you, you help me", itu adalah rasuah."

Kenyataan itu merujuk kepada mesej kempen Najib ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Sarawak dua tahun lalu.

Rasuah politik ada persepsi dan realiti penting," kata beliau ketika bercakap sebagai ahli panel Wacana Sinar Harian ke-12 di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, petang ini.

Menurutnya, persepsi ditangani apabila perlu ada ketetapan yang menjelaskan tentang keperluan pilihan raya.

"Tugas SPRM mencabar kerana sekarang banyak retorik dan polemik iaitu bilis ditangkap, jerung dilepaskan," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, realitinya, tindakan kerajaan menangani rasuah ada pembaharuan tetapi persepsi orang ramai adalah sebaliknya.
ends

Tiada ulasan: