Rabu, 14 Mac 2012

Pembunuh Nurul dikenal pasti



Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kiri) mengucapkan takziah kepada Roselyn Alan, ibu kepada kanak-kanak dibunuh kejam Nurul Nadirah Abdullah di rumahnya di Masai, Johor Bahru, Johor, semalam. - utusan/Nasirruddin Yazid

JOHOR BAHRU - Sambil menyifatkan pelaku jenayah yang membunuh Nurul Nadirah Abdullah (gambar) sebagai berhati binatang, polis hari ini bertekad untuk memastikan mereka yang melakukan perbuatan itu diseret ke muka pengadilan dalam tempoh terdekat.

Ini kerana polis telah mengenal pasti penjenayah yang terlibat dalam pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lima tahun itu dan akan segera menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan tindakan suspek yang tidak berhati perut dan akan memastikan mereka yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.

Tiada ulasan: