Selasa, 6 Mac 2012

Orang ramai marah polis 'tendang' motosikal remaja


MALAYSIA KINI

Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menendang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya.

NONEGambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis.

Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka.

Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu.

Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menendang motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu melanggar pembahagi jalan lalu terjatuh.

NONELim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya.

"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.

"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!"

6 ulasan:

Kris Jr berkata...

Memang keterlaluan. Budak tu bukan penjenayah, kesalahan cuma tidak memakai helmet. Saman boleh kasi keluar. Patut dikenakan tindakn tatatertib kepada polis tu.

Tanpa Nama berkata...

tidak patut polis tersebut bertindak demikian, tindakan tegas patut dikenakan atas polis tersebut.

Sanih Alias berkata...

Kamu tahu jugakah cerita sebenar perkara ini berlaku sehinggakan menuduh pihak polis bersalah. Pas ada sebab kenapa perkara ini berlaku.. Mungkin tidakkan remaja itu sendiri juga adalah antara sebab perkara ini berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Polis tu pun manusia biasa juga. kalau benar perkara itu terjadi memang tidak hairan tapi sebaiknya biarlah jaga imej bila berada di mana2 saja.

Tanpa Nama berkata...

berdasarkan tahap kecederaan remaja itu, saya andaikan bahawa remaja itu memandu laju ketika melalui sekatan jalanraya.. bukankah tindakan itu juga membahayakan anggota polis yang bertugas?? pernah juga ada kes dimana anggota polis dirempuh oleh motorsikal yang enggan memberhentikan kenderaan mereka ketika melalui sekatan..

Tanpa Nama berkata...

saya juga bersimpati terhadap remaja ini, tapi itu tidak bermakna saya menyokong tindakan mereka yang tidak mematuhi peraturan jalanraya dan enggan memberikan kerjasama ketika sekatan jalanraya dibuat..