Rabu, 21 Mac 2012

Lebih banyak syarikat disenarai hitam - SPRM

KOSMO

KUALA LUMPUR - Lebih banyak syarikat tempatan dan multinasional akan disenarai hitam kerana melakukan rasuah dalam usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serius untuk menangani gejala berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, sehingga sekarang, dua syarikat termasuk sebuah syarikat tempatan dan multinasional telah disenarai hitam daripada menerima kontrak selama setahun di negara ini.

"Syarikat multinasional itu telah disenarai hitam kerana memberi suapan dan syarikat tempatan itu, untuk rasuah, dan lebih banyak lagi akan datang... jika kita benarkan syarikat terlibat dalam penyelewengan itu, kita tidak akan berjaya bergerak ke hadapan untuk menjadi sebuah negara bebas rasuah,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Bank Islam di sini semalam. — BERNAMA

Tiada ulasan: