Isnin, 5 Mac 2012

K'jaan, Tajudin gagal batalkan saman

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kerajaan untuk membatalkan tuntutan balas RM500 juta yang difailkan oleh Tan Sri Tajudin Ramli dalam satu kes yang membabitkan Penerbangan Malaysia (MAS).

Di samping itu, permohonan Tajudin untuk membatalkan permohonan MAS menyaman dirinya berikutan syarikat penerbangan negara itu terpaksa menanggung kerugian besar akibat penempatan semula operasi kargo di Eropah juga ditolak.

Kedua-dua perkara-perkaraitu diputuskan oleh Hakim Datuk Rosilah Yop dalam kamarnya. Beliau turut memerintahkan kerajaan dan Tajudin untuk membayar kos.

tajudin ramli 1Bagaimanapun, beliau tidak menilai jumlah kos yang terpaksa dibayar oleh kedua-dua pihak.

Perkara itu diumaklumkan kepada wartawan oleh peguam Tajudin, Lim Kian Leong.

Berikutan keputusan hari ini, Mahkamah Tinggi akan meneruskan perbicaraan MAS terhadap Tajudin bermula Isnin depan.

Peguam Kumar Kanagasingam dan SM Shanmugam mewakili MAS dan manakala kerajaan pula diwakili oleh Timbalan Pendakwar Raya kanan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Mahathir, Daim, Anwar akan dipanggil?


Adalah difahamkan bahawa terdapat kemungkinan bahawa berikutan perkembangan hari ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin disepina untuk memberi keterangan.

MAS telah memfailkan tiga saman terhadap Tajudin.

Walau bagaimanapun, saman utama yang difailkan pada tahun 2006, akan didengar pada Isnin, akan melihat MAS, bersama-sama dengan MAS Golden Holidays Sdn Bhd dan MAS Hotel & Boutiques Sdn Bhd, menamakan Tajudin, bekas syarikatnya Naluri Corporation Bhd, Promet (Langkawi) Resorts Sdn Bhd, Kauthar Venture Capital Sdn Bhd dan Pakatan Permai Sdn Bhd sebagai defendan.

Mereka mendakwa bahawa Tajudin sengaja mengabaikan tanggungjawabnya dan melakukan pecah amanah dengan membiarkan MAS mendapatkan pelbagai kontrak untuk kepentingan dirinya sendiri.

Tiada ulasan: