Isnin, 26 Mac 2012

ISA tak kenal usia

Fokus ISA Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diwartakan pada 1960 untuk membendung pengaruh komunis turut digunakan ke atas remaja berusia 15 tahun.

Menurut seorang bekas tahanan, Chong Tong Sin berkata, polis pada tahun 1968 telah bertindak menggunakan akta berkenaan ke atas pelajar sekolah di Kluang, Johor yang didakwa terlibat dalam kegiatan bawah tanah.

NONESeramai antara 30 hingga 40 orang pelajar yang disyaki terlibat dalam kegiatan pro-komunisme itu telah ditahan, kata Chong.

"Yang paling muda mungkin (berusia) 15 atau 16 tahun," katanya yang turut ditahan ketika itu, sewaktu usianya 20 tahun.

Undang-undang tersebut memberi kuasa kepada kerajaan untuk menahan seseorang untuk tempoh 28 tahun, untuk siasatan awal. (Tempoh berkenaan kemudiannya dilanjutkan kepada 60 hari).

Sebahagian daripada pelajar berkenaan dibebaskan selepas disiasat selama 28 hari di lokap polis Kluang, manakala selebihnya – ada yang berusia 17 tahun – dihantar ke kem tahanan Muar.

Kem berkenaan merupakan salah satu daripada tiga kem tahanan yang digunakan pada waktu itu. Dua lagi kem tahanan terletak di Batu Gajah dan Taiping.

“Rakan sekolah saya baru 19 tahun dan diletakkan di kem tahanan (Muar). Dia ditahan lebih lama daripada saya," kata Chong yang kini merupakan seorang penerbit buku.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, Chong berkata beliau turut menyaksikan bagaimana pemimpin DAP Lim Kit Siang disorak oleh tahanan lain ketika dibawa untuk tahanan di kem tersebut.

Katanya, tahanan berkenaan bertindak demikian kerana Lim sebelum itu menyokong undang-undang ISA.

"(Tahanan) mengebu beliau dan berkata: "Hei Lim Kit Siang, apa ni? You sudah masuk!," kata Chong sambil ketawa.

Seorang lagi pemimpin DAP yang turut ditahan di Muar pada waktu itu ialah Karpal Singh, yang kini merupakan pengerusi nasional parti berkenaan.

Chong berkata, beliau telahpun berhenti daripada persekolahannya pada waktu itu untuk bekerja sebagai buruh di Johor Bahru dan Kota Tinggi.

Beliau ditahan pada Ogos 1968 dalam satu serbuan yang dijalankan ke atas sekolah tersebut.

"Sebelum itu saya menghadiri satu demonstrasi dan ditahan kerana perhimpunan haram. Jadi saya kembali ke Kluang untuk perbicaraan. Pada masa itulah mereka tahan saya (bawah ISA)," katanya.

Tiada ulasan: