Selasa, 27 Mac 2012

Harga Petrol Kekal, Subsidi Naik 10 Sen

Post Pic

ANTARA POS.COM


PUTRAJAYA: Bagi tidak membebankan rakyat dan supaya tidak berlaku pertambahan kos sara hidup semasa, kerajaan hari inimenaikkan kadar subsidi untuk petrol RON95 sebanyak 10 sen lagi pada bulan ini kepada RM1.03 seliter.
Dengan tambahan subsidi itu, harga petrol bagi RON95 kekal pada RM1.90 per liter.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tambahan subsidi diberikan kerana harga minyak di pasaran antarabangsa menyaksikan kenaikan.

“Sejak harga petroleum dunia meningkat, kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kesan sampingan,” katanya di sini.

Kali terakhir harga RON95 dikaji semula pada Disember 2010 apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada akhir Februari lalu berjanji bahawa harga petrol RON95, yang digunakan secara meluas oleh pemilik kenderaan, akan dikekalkan buat masa ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak di peringkat global.

Tiada ulasan: