Rabu, 21 Mac 2012

Dewan Rakyat Lulus Usul Tubuh PSC Lynas

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti pembinaan Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.

Kelulusan tersebut dicapai menerusi undian apabila menyaksikan sokongan majoriti berpihak kepada usul yang dibawa kerajaan.

Terdahulu ketika membentangkan usul berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata penubuhan jawatankuasa itu bertujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek tersebut.

Jawatankuasa berkenaan yang diberi tempoh selama tiga bulan akan dianggotai oleh sembilan Ahli Parlimen iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga mewakili pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Tiada ulasan: