Khamis, 8 Mac 2012

DAP buka tabung bantu pekebun OKU yang dizalimi


MALAYSIA KINI

DAP hari ini memulakan misi mengumpul dana menerusi internet selama tujuh hari bagi membantu pekebun kurang upaya Frusis Lebi yang dihentikan bantuan kebajikan bulanannya oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang kerana didakwa menyokong pembangkang.

NONESambil melahirkan rasa simpati, penolong setiausaha publisiti DAP, Teo Nie Ching (kiri) menyifatkan tindakan memberhentikan bantuan bulanan RM300 itu serta subsidi pertanian yang diberikan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan langsung tidak boleh diterima.

Katanya, tidak ada asas untuk Mong menghukum petani cacat itu semata-mata beliau mengibarkan bendera pembangkangdan membenarkan rumahnya dijadikan pusat operasi calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

"Ini adalah kes diskriminasi secara terang-terangan hanya berdasarkan fahaman politik seseorang. Mong jelas lupa tanggungjawabnya sebagai menteri muda adalah untuk menjaga kepentingan semua rakyat Sarawak.

NONE“Mong memang tidak lagi layak memegang jawatan itu," kata Teo dalam satu kenyataan media.

Menurut Teo, beliau menerima banyak panggilan dan mesej dari penyokong yang ingin tahu bagaimana mereka boleh menyalurkan bantuan kepada pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa di Bahagian Sri Aman itu yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya.

"Mulai hari ini sehingga 14 Mac, 2012, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka kepada Frusis (kanan) melaui pemindahan dalam akaun bank. Kami berjanji akan menyiarkan penyata akaun sepanjang tempoh itu hingga kempen mengutip derma berakhir.

"Selepas itu, DAP Sarawak akan bertanggungjawab menyalurkan dana kepada Frusis untuk memastikan bahawa kehidupan keluarganya tidak akan terjejas dengan keputusan kerajaan negeri Sarawak yang bukan sahaja tidak adil tetapi zalim.

NONE"Sudah tiba masanya untuk menunjukkan Mong dan rakan-rakannya bahawa rakyat Malaysia lebih berperikemanusiaan daripada kerajaan negeri Sarawak sekarang," katanya.

Beliau juga membekalkan nombor akaun RHB 212022-0012-7570 di cawangan Kajang Prima bagi mereka yang mahu membuat sumbangan.


mong dagang sarawak assistant agriculture minister letter

Tiada ulasan: