Jumaat, 2 Mac 2012

Dakwaan dikasari, Noh Omar salahkan DAP

Menjawab dakwaan ahli-ahli DAP yang mereka telah dikasari oleh penyokong BN di satu majlis di Bandar Sungai Long semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar sebaliknya mendakwa merekalah yang patut dipersalahkan.

"Tebukti DAP pembohong besar. Mereka yang datang macam samseng dan menceroboh majlis BN tapi BN pula yg dsalahkan.

"Saya pergi untuk tenangkan keadaan tapi saya pula dituduh samseng. Jelas putar belit DAP," katanya Noh dalam SMSnya kepada Malaysiakini lewat semalam.

NONESemalam, ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa pemimpin DAP tempatan mendakwa mereka telah dikasari di
luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut.

Lee berkata, pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang dan didatangi 30 hingga 40 orang yang memakai baju-T BN dan 1malaysia.

Kumpulan yang didakwa penyokong BN itu didakwa telah mengkasari empat orang dalam kumpulan Lee.

Lee akan memanggil satu sidang akhbar berhubung perkara itu hari ini.

Tiada ulasan: