Selasa, 27 Mac 2012

Bapa dan anak dicekup disyaki tagih, edar dadah

SABAH KINI


KENINGAU: Bapa dan anak rakyat tempatan dicekup polis kerana disyaki menagih dan mengedar dadah secara kecil-kecilan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Mottou Jalan Masak kira-kira jam 10.30 pagi pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) berkata, lima anggota polis termasuk seorang Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik telah membuat serbuan di rumah berkenaan hasil maklumat orang awam.

Katanya, pihak polis yang memasuki rumah itu menuju ke bilik belakang dan membuat pemeriksaan dan terdapat seorang lelaki yang berumur 50 tahun berada dalam bilik berkenaan.

“Semasa pemeriksaan, pihak polis telah menjumpai empat peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu anggaran berat kasar 8.00 gram dan enam peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki ganja anggaran berat kasar 44.75 gram yang disimpan di dalam beg sandang yang disandang oleh lelaki terbabit,” kata Zahari kepada dalam satu sidang media di pusat media IPD di sini kelmarin.

Kedua-dua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun tetapi tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali tetapi tidak lebih sembilan kali.

Selepas itu katanya, polis meneruskan pemeriksaan di bilik hadapan rumah yang sama juga terdapat seorang lelaki yang berumur 21 tahun berada di dalam bilik berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan tubuh badan lelaki itu polis telah menjumpai sebanyak tujuh peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah syabu anggaran berat kasar 5.43 gram yang telah disorokkan di dalam beg kecil yang disimpan dalam poket seluar lelaki itu. Kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen dan akta yang sama.

Menurut Zahari tangkapan dadah itu adalah yang terbesar setakat ini membabitkan rakyat tempatan dengan nilai rampasan lebih kurang RM6,000.

Siasatan yang dijalankan kedua-dua lelaki itu adalah anak beranak dan kedua-duanya positif dadah jenis “methamphetamine” setelah menjalani ujian air kencing.

Kedua-dua tangkapan ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

Zahari memberitahu, sebelum serbuan dibuat di rumah tersebut, polis telah membuat pemantauan selama seminggu hasil maklumat orang awam.-New Sabah Times-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Seorang pengedar dadah boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati tapi nampaknya hukuman ni dipandang ringan.

Tanpa Nama berkata...

bapa dan anak sama sahaja, pengedar dadah. rosakkan masyarakat.

Hinamori berkata...

Dadah hanya merosakkan hidup

Unknown berkata...

Siapa suruh ikut-ikut dadah. Kan sudah kena tangkap. Dadah bukannya perkara yang baik untuk diambil.

Hamdan Hadillah berkata...

Anak beranak mengambil dadah. Inilah kata orang, Bapa adalah contoh untuk anak. Maka inilah yang terjadi.

nickko berkata...

apa punya bapa.. ajar anak buat jenayah.. banyak2 kerja, yang haram juga dia buat..