Jumaat, 17 Februari 2012

Serang Pelajar Malaysia, Remaja UK Hadapi Hukuman Penjara

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Mahkamah British, semalam mendapati seorang remaja berumur 17 tahun bersalah kerana menyerang pelajar Malaysia, Ashraf Haziq Rosli sehingga menyebabkan rahangnya patah di dua bahagian ketika rusuhan di London, Ogos tahun lalu.

Remaja tersebut, Beau Isagba, yang identitinya didedahkan untuk pertama kali, menafikan beliau telah menyebabkan kecederaan terhadap pelajar terbabit ketika berlaku rusuhan di London.

Hakim Witold Pawlak, juga telah membatalkan ikat jamin remaja terbabit dan berkata,"beliau menghadapi hukukuman penjara yang panjang," dan "ia adalah kelakuan jenayah yang berat"
"Saya bersetuju bahawa ini adalah kes yang berkepentingan awam dalam mengetahui hasil perbicaraan serta identiti tertuduh...ini adalahh kes yang berat," beliau dilaporkan sebagai berkata oleh akhbar The Guardian.

Ashraf, 20, baru sebulan berada di UK ketika beliau diserang semasa kejadian rusuhan yang tersebar di negara tersebut, Ogos lalu.. Basikalnya juga telah dicuri dalam insiden terbabit.

Juri dimaklumkan, beliau berjaya melepasi sekumpulan perusuh yang merampas basikal dan beg galasnya, namun beliau telah diserang oleh kumpulan kedua.

Ketika perbicaraan, Ashraf memberitahu mahkamah beliau terasa tangan dalam jaketnya yang mengambil telefon bimbitnya. Sebaik saja beliau memalingkan muka untuk melihat, beliau telah ditumbuk di muka.

"Saya berpaling ke kiri untuk melihat siapa yang mengambilnya (telefon bimbit) dan terasa impak dari sebelah kanan. Impak tersebut sangat keras. Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku, say rebah ke tanah dan darah menyembur keluar dari mulut saya," katanya kepada mahkamah.

Menurut bukti rakaman video yang dirakamkan oleh Diana Frutos Perez, after punching the victim, Isagba dilihat meninggalkan tempat kejadian dengan menunggang basikal.

Ashraf, yang kini mempunya dua plet besi di rahangnya, kemudiannya dibantu oleh orang awam dan dirawat di hospital.

Terduduh, ditahan empat minggu kemudian, pada 8 Ogos, tahun lalu selepas kejadian terbabit dan memberitahu pihak polis," Saya boleh bersumpah di atas nyawa ibu saya, nyawa semua orang dan keluarga sya, saya tidak pernah menyentuhnya."

Ashraf, pelajar akaun, menjadi secara tidak sengaja menjadi simbol kepada rusuhan terbabit yang meyaksikan kejadian menyamun dan sekurang-kurangnya lima terbunuh, 16 cedera dan lebih 3,000 penahanan.

Rakaman, sekumpulan perusuh mengelilinginya Ashraf telah disiarkan di laman YouTube, menyebabkan ribuan rakyat British yang menjanjikan derma ribuan pound untuk membantu pelajar tersebut.

Menurut rakaman Youtube tersebut,, sekumpulan remaja lain kelihatan seolah-olah mahu membantu Ashraf, sementara salah seorang daripada mereka membuka beg galasnya dan mengambilbberapa barang.

Dua lagi lelaki, yang berlagak seperti ingin membantu dalam insiden tersebut dijangka menghadapi perbicaraan tidak lama lagi berkaitan kejadian serangan tersebut.

Isagba, akan kembali ke mahkamah untu menerima hukumannya pada 9 Mac ini, sehari selepas beliau menyambut harijadinya yang ke 18.

Tiada ulasan: