Rabu, 15 Februari 2012

Separuh benar Dr M? Bukan salah saya, Raja yang mahukan Salleh Abas dipecat

Maria Begum, Malaysia Chronicle


Bekas Perdana Menteri yang dibenci, Mahathir Mohamad telah dituduh bercakap “separuh benar” setelah menyalahkan Raja apabila beliau didakwa oleh bekas Ketua Hakim Negara, Dzaiddin Abdullah bahawa beliau yang harus dipersalahkan kerana merosakkan keadilan dan integriti dalam sistem kehakiman negara.

Mahathir yang berusia 86 tahun itu menuduh Dzaiddin melakukan fitnah tetapi pantas juga mengatakan bahawa beliau tidak akan menyaman. Mahathir menegaskan bahawa Raja yang sepatutnya dipersalahkan- dalam usaha beliau menangkis dakwaan itu walaupun Perdana Menteri Najib Razak sedang mencanangkan bahawa Malaysia adalah tempat “terbaik” di dunia.

“Ini fitnah, tetapi saya tidak akan saman mereka. Seluruh kumpulan itu, mereka membuat tuduhan liar. Tiada peruntukkan sebegitu. Jika saya benar-benar berkuasa, saya akan menggantikan ramai orang. Yang Dipertuan Agong yang mahukan Salleh Abas dipecat,” Malaysian Insider melaporkan Mahathir sebagai berkata.

Penjelasan Mahathir itu terus disangkal oleh pihak pembangkang. Mereka mengatakan bahawa beliau cuba memutar- belitkan fakta untuk melepaskan diri daripada tuduhan itu.

“Pada waktu itu, Yang Dipertuan Agong hanya tandatangan pada sesuatu yang tidak jelas. Apa yang berlaku berkemungkinan besar adalah atas nasihat Mahathir,” beritahu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

“Kini, jelaslah bahawa kita tiada sistem kehakiman yang kukuh. Kita hanya ada mahkamah yang boleh dijual beli, diperkotak-katikkan dan Mahathir yang bertanggungjawab memulakan dan mengekalkan rasuah serta penyalahgunaan kuasa dan Najib jugalah yang merosakkan sepenuhnya apa yang tinggal; bermula dengan krisis rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang diperhatikan seluruh dunia. Memang sekarang ini Malaysia adalah tempat terbaik- untuk rasuah,”

Separuh kebenaran dan pembohongan terang-terangan

Salleh dipecat daripada menjadi Ketua Hakim Negara pada 1988 selepas memprotes terhadap usaha Mahathir untuk meletakkan badan kehakiman dibawah badan eksekutif kerajaan.

Pada hujung minggu lepas, Dzaiddin Abdullah telah memberitahu bahawa kedua-dua badan itu, kehakiman dan eksekutif haruslah bebas antara satu sama lain. Beliau juga memberitahu bahawa badan kehakiman menjadi pasif selepas Mahathir melakukan perubahan pada Perkara 121 dalam Perlembagaan dalam tahun 80-an.

“Hasilnya, kuasa mahkamah dihapuskan dan mereka hanya akan ada kuasa itu sekiranya dibenarkan oleh Parlimen,” kata Dzaiddin. Ini pada pendapat saya telah merubah perkara asas dalam Perlembagaan daripada konsep kebebasan badan kehakiman kepada kebergantungannya terhadap kuasa eksekutif untuk kuasa kehakimannya.”

Bekas Ketua Hakim Negara itu memberikan ucaptamarnya pada majlis yang menyambut ulangtahun kelahiran Tunku Abdul Rahman. Beliau menyelar cara badan kehakiman yang kini telah menjadi alat politik dan melaksanakan kehendak ahli politik yang berkuasa pada hari ini.

“Parlimen ingin tunjukkan bahawa badan kehakiman hanya ada kuasa kehakiman di mana Parlimen sendiri yang mengatakan badan kehakiman ada,” tambah beliau.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: