Ahad, 26 Februari 2012

Rakyat tidak puas hati bukan kerana nama 1Care

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Sistem Kesihatan di Malaysia memang tidak dinafikan telah memberi perkhidmatan yang terbaik buat rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Namun begitu, kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Ghazali Hasbullah disebabkan tekanan perbelanjaan kesihatan yang makin meningkat, kurang pengawalan terhadap caj di fasiliti kesihatan swasta dan isu kualiti kesihatan sememangnya memerlukan satu perancangan yang tersusun agar sistem itu dapat diperbaiki lagi.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah lama menjalankan kajian terhadap isu-isu itu namun tidak pernah kedengaran sebelum ini.

Kini, ujarnya desas-desus perlaksanaan 1Care, iaitu perancangan transformasi sistem kesihatan, telah menimbulkan riak ketidakpuasan hati di kalangan rakyat jelata.

“Ini bukan kerana namanya 1Care atau seumpamanya tetapi ini dilakukan seolah-olah dalam keadaan yang disembunyikan, dan hanya menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat umum,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, masyarakat umum di Malaysia pernah berkali-kali dikejutkan dengan perubahan yang mendadak, seperti kenaikan harga minyak 30 sen awal tahun 2006.

Justeru, katanya perkara yang sama perlu dielak daripada berulang di dalam isu itu.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS yakin bahawa pelan penambahbaikan sistem kesihatan negara yang telah dan sedang dirancang oleh pakar-pakar kesihatan negara mempunyai manfaatnya yang tersendiri.

Namun, jelasnya disebabkan sejarah pentadbiran oleh Kerajaan Umno BN yang mempunyai rekod buruk telah menyebabkan rakyat tidak mempercayai sebarang agenda baru pihak kerajaan.

Sebagai contoh, katanya perlaksanaan polisi PPSMI, SBPA dan pelbagai lagi telah menunjukkan kegagalannya.

“Ianya diburukkan lagi dengan beberapa skandal yang memalukan negara seperti NFC dan PKFZ telah menggambarkan Umno BN gagal dalam melangsaikan amanah yang telah diberi,” ujarnya lagi.

Selain itu, tambahnya pihak kerajaan juga telah turut menyumbang kepada ketidakpercayaan rakyat memandangkan perkhidmatan kesihatan yang telah diswastakan telah dimonopoli oleh syarikat seperti Pantai Medicare, Faber, Radicare, Pharmaniaga dan lain-lain.

“Apakah perkara yang sama akan turut tercalit dalam konsep 1Care?” soalnya.

Oleh itu, katanya polisi 1Care perlu mendapat suntikan Konsep Negara Kebajikan yang dipelopori oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, elemen-elemen mengutamakan kebajikan rakyat perlu dikedepankan bukan setakat slogan tetapi telus dalam perlaksanaannya.

PAS, ujarnya telah bersiap sedia dengan kertas perlaksanaan polisi yang telah dirancang demi menjamin penjagaan kesihatan optima seluruh rakyat Malaysia.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mampukah pihak pembangkang menjaga kebajikan rakyat lebih baik berbanding dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan sekarang jika mereka mempunyai peluang untuk memerintah?

Tanpa Nama berkata...

skim 1Care yang akan dilaksanakan oleh kerajaan diharap dapat dikaji dengan lebih teliti agar ia tidak memberi beban kepada rakyat dan mengambil kira kepentingan semua rakyat untuk tempoah jangka panjang.

Tanpa Nama berkata...

skim 1care kena dipastikan benar2 memberi mangfaat kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

jadi rekod pentadbiran PAS cantik la?? kalau PAS cekap mentadbir, Kelantan tidak akan mundur selepas lebih 20 tahun mereka mentadbir negeri itu..

Tanpa Nama berkata...

kenapa PAS senyap bila pemimpin Pakatan sendiri terlibat dengan skandal pasir di selangor?? adakah itu jaminan bahawa pentadbiran negara ini akan mantap sekiranya Pakatan berjaya merampas puterajaya??

Bujang Senang berkata...

Itulah yang nyata sekali..Kos perubatan dari hari ke hari semakin meningkat. Ini pasti akan membebankan rakyat.

Bujang Senang berkata...

Apa pun yang kerajaan lakukan haruslah memastikan bahawa rakyat tidak akan menerima beban yang berat dengan perlaksanaan yang dibuat.

TuhauBam berkata...

Kajian yang teliti dan penjelasan yang detail harus diberi kepada rakyat agar rakyat benar2 faham mengenai 1care skim.

Tanpa Nama berkata...

Kalau 24/7 bersikap prejudis, semua usaha kerajaan pun dilihat negatif.

Tanpa Nama berkata...

Banyak skandal dan kontroversi tentang kerajaan menyebabkan imejnya terjejas. Oleh itu, kerajaan kena buktikan bahawa ia benar2 ikhlas membantu rakyat jika mahu kekal mentadbir negara ini.

jackie berkata...

Pembangkang lebih banyak mengkritik, masalahnya boleh kh mereka buat lebih baik dari kerajaan?

jackie berkata...

PAS sendiri mempuyai rekod yang tidak baik dalam mentadbir Kelantan.

jackie berkata...

Walaubagaimana pun, di harapkan skim 1care ini dapat memberi manfaat kepada rakyat,.