Jumaat, 10 Februari 2012

PRU13: KOMAS 'jom pantau' 20 'kerusi panas'

Sebuah badan bukan kerajaan hari ini mengumumkan pembentukan satu pasukan sukarelawan bagi memantau 20 kerusi yang dikenal pasti mungkin terdedah dengan penipuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang di bawah kempen 'Jom Pantau' di seluruh negara.

Penyelaras Pusat Komuniti Masyarakat (KOMAS) bagi program kewarganegaraan dan pendidikan pengundi, Arul Prakkash berkata kerusi-kerusi berkenaan adalah di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak, tetapi senarai itu belum dimuktamadkan lagi.

"Kita akan mula memantau keadaan di kerusi berkenaan sebaik sahaja mereka membubarkan Parlimen dan menyenaraikan kesalahan pilihan raya yang mereka lakukan, sekiranya ada," katanya.

Beliau juga mengalu-alukan orang ramai untuk melaporkan kes-kes penipuan pilihan raya kepada NGO itu dan mereka akan menyiarkan di laman web selepas membuat pengesahan.

Kriteria untuk mengenal pasti 'kerusi panas' adalah:

  • mempunyai ahli-ahli politik berprofil tinggi sebagai calon
  • kali terakhir dimenangi oleh majoriti tipis
  • mempunyai jumlah pengundi pos yang ramai

* peningkatan yang mendadak dalam pengundi berdaftar

Tiada ulasan: