Rabu, 1 Februari 2012

Perkasa: Kesilapan Ang Pow Putih Tidak Akan Berulang

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM: Perkasa, hari ini mengakui mereka melakukan kesilapan mengedarkan paket Ang Pow berwarna putih dan berjanji insiden yang sama tidak akan berulang lagi.

Setiausaha Agungnya, , Syed Hassan Syed Ali, berkata episod tersebut memberikan pengajaran kepada pertubuhan itu dan meggesa semua pihak berkaitan supaya berhati-hati dan tidak membiarkan sebarang tindakan mereka menyentuh sensiviti orang lain.

"Kami akan mematuhi kenyataan perdana menteri berhubung isu terbabit, Memang benar, ia wajar dijadikan pengajaran kepada Perkasa dan semua pihak bekaitan supaya lebih peka supaya tidak menyentuh sensiviti budaya (kaum)lain.

Perkasa juga menghormati dan bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong bahawa semua kaum perlu sensitif dengan budaya lain

Beliau bagaimanapun berharap teguran tersebut bukan hanya ditujukan kepadda pertubuhan itu sahaja, malah semua pertubuhan berasaskan kaum lain dimana dakwanya adakalanya sukar bagi mereka untuk memohon maaf.

Sehubungan itu, tambah beliau lagi, Perkasa meliihat teguran dari Wee sebagai satu teguran yang membina bagi memastikan tidak akan tercetus ketegangan berhubung isu terbabit.

“Perkasa berharap perkara ini sudah selesai. Perkasa mengakui kesilapan yang dilakukan secar tidak sengaja dan kami berjanji tidak akan mengulanginya lagi," tambah beliau lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, berkata ketua NGO Perkasa, Datuk Ibrahim Ali adalah ahli parlimen bebas dan pentadbirannya tiada kena mengena dengan tindakan Perkasa memberikan ang pow bersampulkan paket berwarna putih dalam majlis sambuatn Tahuin Baru Cina anjuran pertubuhan berkenaan.

Perkasa, dilaporkan sebagai berkata Ibrahim Ali telah memberikan ang pow bersampul surat putih di majlis berkenaan, Ahad lalu yang menurut adat kaum Cina digunakan hanya ketika majlis pengkebumian.

Tindakannya itu, mengundang kemarahan di kalangan masyarakat Cina dan juga daripada parti komponen BN pimpinan Najib, iaitu MCA dan Gerakan.

Tiada ulasan: